AKHIRNYA !!!! Ini penjelasan sebenar Achey isu balu Harun Salim Bachik terabai...

Melihat apa yang terjadi pada kehidupan balu pelawak Harun Salim Bachik selepas kematian pelakon tersebut begitu menyedihkan. Balu arwah, Surianti Mohd Noor serta dua orang anaknya membuat keputusan membawa diri pulang ke kampung halaman kerana tidak mampu menanggung sara hidup di kota. Menurut balu arwah perkara ini terjadi apabila pelawak Achey tidak menyerahkan keseluruhan 'share' serta keuntungan bersama modal yang telah diusahakan bersama arwah.


Suriati juga turut menafikan tentang kenyataan Achey di mana sebelum ini memberitahu pelawak itu sering menanyakan khabar mereka sekeluarga. Hakikatnya Achey tidak pernah berbuat sedemikian sehingga timbul perasaan kesal di hati Suriati tentang kenyataan pelawak yang merupakan anak didik arwah suaminya.

Untuk mengetahu kisah sebenar perkara ini, Media Hiburan Online telah menghubungi bagi mendapatkan penjelasan dari Achey sendiri. Ketika dihubungi timbul sedikit kesedihan di suara pelawak ini apabila ramai yang menganggap dirinya terlalu jahat sehingga sanggup melakukan perkara sedemikian terhadap keluarga arwah tanpa selidik terlebih dahulu.

"Benda ini sebenarnya saya tidak mahu panjangkan lagi kerana kesian dengan arwah. Apabila kenyataan ini keluar saya anggap ini adalah bahagian yang perlu saya tempuh sebagai anak seni. Tentang bertanya khabar itu sebenarnya saya lebih banyak berurusan dengan keluarga dan anak isteri pertama arwah iaitu Along dan Bobo. Kita kena tahu arwah mempunyai dua keluarga dan sememangnya saya rapat dengan keluarga isteri pertama arwah kerana mereka yang banyak membantu saya ketika mengorak langkah menjadi anak seni.

"Saya jarang berjumpa dengan Kak Sue dan hanya mengetahui perkembangannya menerusi facebook sahaja, tambahan anaknya masih bersekolah. Saya ingatkan dia Ok sahaja dan bagi saya jika dia mempunyai masalah pasti dia akan bertanya kepada isteri saya. Selepas kematian arwah, saya tidak mahu menganggu kehidupannya dan hanya menanya dan mengetahui tentang kehidupannya menerusi waris arwah sahaja.

"Tidak dinafikan saya lebih banyak berurusan dengan anak isteri pertama arwah dan dia kena tahu waris arwah bukan dia seorang sahaja. Apabila perkara ini terjadi, anak isteri pertama arwah iaitu Bobo telah memohon maaf dengan saya kerana nama saya turut terpalit dalam situasi ini. Perkara ini sedikit sebanyak terganggu fikiran saya tambahan kedua ibu bapa saya belum mengetahui perkara ini. Ibu bapa saya sudah berusia, jadi jika dia dengar perkara ini pasti hati mereka juga turut risau," ujarnya.


Berkaitan perniagaan pula, Achey enggan mengulas panjang dan baginya lebih baik menanyakan perkara ini kepada anak arwah iaitu, Bobo.

"Saya tak berani nak cakap pasal perniagaan itu dan rasanya Bobo lebih sesuai jelaskan perkara ini. Sebenarnya perniagaan tersebut tiada kena mengena dengan arwah dan penama perniagaan tersebut ialah saya, Bobo dan seorang lagi rakan kongsi.

"Sebenarnya mereka tidak tahu apa yang terjadi,tapi main cakap sahaja. Kalau boleh saya mahu selesaikan perkara ini secara baik kerana lebih selesa berbanding mengeluarkan kenyataan di mana-mana. Saya risau dengan benda-benda begini kerana orang tidak tahu bagaimana proses yang perlu saya tempuhi setelah arwah pergi. Orang anggap saya buruk tetapi saya hanya mampu serahkan kepada Tuhan sahaja kerana hanya dia yang tahu hati saya," jelas Achey.

Sumber: Mediahiburan

0 Response to "AKHIRNYA !!!! Ini penjelasan sebenar Achey isu balu Harun Salim Bachik terabai..."

Post a Comment