BAPAK SAMA BETUL !!! Kontroversi Baju Pengantin Lana Nordin Di Pakai Ayda Jebat....Huh..


Pelakon Lana Nodin terkilan apabila pakaian digayakan pada hari bersejarahnya pada 15 Mei lalu, diguna pakai dramatis dan penyanyi Ayda Jebat, baru-baru ini.

Katanya, dia benar-benar terkejut apabila melihat baju pengantinnya itu digayakan Ayda hanya untuk menjayakan satu rakaman iklan untuk program Juara Perodi yang bakal disiarkan di Astro.

“Sebaik melihat sendiri gambar yang dimuat naik Ayda dalam laman sosial Instagramnya, saya tertanya-tanya bagaimana baju itu boleh dipakai Aida untuk menjalani penggambaran iklan,” katanya.

Lana atau Mazlina Hasan Nodin yang kini hamil lima bulan juga tahu ramai peminat Ayda memberi komen menyatakan baju yang dipakai itu adalah pakaian pengantin yang pernah digayakannya.

“Cuma saya hairan mengapa apabila peminat mengaitkan baju itu dengan majlis perkahwinan saya, dia terus memadam komen terbabit. Perkara itu juga membuatkan saya berasa kecil hati,” katanya.

Kata Lana, dia tidak tahu apa motif sebenar Ayda memadam segala komen dan tidak mahu orang tahu pakaian itu dikaitkan dengan majlis perkahwinannya.


“Kalau benar Ayda mahu menggayakan baju itu kerana menyukainya, seharusnya dia mengakui di laman sosial miliknya apabila orang mula bercakap dan menyatakan ia pakaian pengantin Lana Nodin.

“Saya tidak akan menjadikan perkara ini sebagai satu isu jika baju yang dipakai itu adalah biasa, sebaliknya pakaian itu digayakan pada hari bersejarah dalam hidup saya,” katanya.

Lana kesal kerana baju pengantin yang disifatkannya sebagai sangat istimewa dan hebat itu seharusnya digayakan di majlis yang hebat juga sama ada disewakan kepada bakal raja sehari yang lain, bukannya sekadar untuk menjayakan program televisyen.

Lana juga akui ada mendapatkan penjelasan daripada perekanya bagaimana pakaian pengantin itu boleh dilepaskan untuk digayakan Ayda Jebat.

“Saya menghubungi pereka fesyen baju itu, Aitelia Amani dan difahamkan Ayda memang berminat mahu mengayakan baju itu untuk menjalani penggambaran program itu,” katanya.

Mengenai status baju itu, Lana mengatakan baju pengantinnya adalah ditaja dan kini berada dalam simpanan perekanya.

Dalam kesempatan itu, Lana juga menjelaskan mengenai kekeliruan dalam kalangan orang ramai membabitkan kenyataan sponsor (tajaan) dan loan (pinjaman).

“Sewaktu baju saya dihasilkan Aitelia Amani, mereka menyatakan persalinan pengantin kami ditaja. Kalau hendak diikutkan, maksudnya akan diberikan kepada saya dan suami selepas majlis selesai.

“Bagaimanapun, mereka hanya meminjamkan kepada kami dan perlu dikembalikan selepas selesai majlis.
“Begitupun, saya tetap berterima kasih dan sebagai pereka fesyen menghasilkan busana yang cantik di hari bersejarah kami, pastinya dia mahu pakaian mewah itu dipamerkan di butik pengantin miliknya untuk tatapan umum.


“Kalau ada pun yang mahu memakainya, sudah tentu dia akan menghasilkan sekali lagi pakaian itu mengikut potongan sama tetapi dengan corak berbeza. Tetapi ia tidak berlaku sebaliknya diberikan untuk digayakan Ayda Jebat begitu saja,” katanya.

Tegas Lana, sebagai pereka pastinya ada cara untuk Aitelia Amani memberi pinjam baju itu. Sebaiknya dia menghasilkan satu lagi baju khas berinspirasikan baju pengantinnya itu untuk digayakan Ayda.

“Cara itu lebih baik dan pastinya Ayda berasakan dirinya lebih dihargai kerana pereka fesyen itu sanggup menghasilkan sesuatu yang sangat istimewa untuknya dan bukan memakai baju yang pernah dipakai oleh artis lain,” katanya.

BAJU pengantin dipakai Lana pada hari perkahwinannya.

Tegas Lana, dia menjadi begitu sensitif apabila pakaian pengantinnya diberikan kepada Ayda dan dipakai semata-mata untuk menjayakan iklan program televisyen kerana dia sangat menyayangi busana mewah itu.

Tambah pula dia turut berusaha mencari kain yang sesuai untuk dijadikan baju terbabit dan digayakan pada hari persandingan.

Sementara itu, Ayda ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu dan memilih untuk berdiam diri kerana tidak mahu memanjangkan isu itu.

Sumber

0 Response to "BAPAK SAMA BETUL !!! Kontroversi Baju Pengantin Lana Nordin Di Pakai Ayda Jebat....Huh.."

Post a Comment