Fuh Gempar Giler !!!! ‘Saya akan buang gambar....’ Pasti buat korang terkejut dengan penampilan terbarunya...

PENGHUJUNG kalendar 2015 memberi satu lembaran baharu buat pelakon Syatilla Melvin. Mana tidaknya, jika sebelum ini dia pernah membuat kejutan dengan memotong rambut pendek ala lelaki, kini sekali lagi bekas finalis Dewi Remaja 2010 itu membuatkan ramai orang dalam industri terkejut dengan perubahan penampilan terbaharunya yang sudah bertudung.


“Sebenarnya niat untuk bertudung itu sudah ada sejak dua tiga bulan lepas. Bagaimanapun, perkara itu terhalang dek saya terikat dengan komitmen penggambaran drama Cinta Samar yang sedang saya jalani ketika itu.

“Jadi, hasrat itu terpaksa saya tangguhkan dulu. Lagipun, penggambaran sudah berjalan separuh, tak kan tiba-tiba saya buat keputusan untuk ubah terus begitu. Ada banyak perkara yang perlu saya ambil kira juga melibatkan watak yang sudah dilakonkan,” kata pelakon berusia 24 tahun itu ketika dihubungi Sensasi Bintang baru-baru ini.

Mula mengenakan hijab dua minggu lalu, kata Syatilla, dia mengakui ramai yang memberikan pelbagai reaksi apabila mendapat tahu mengenai perubahan imej yang dilakukannya.

“Ada kawan-kawan yang bertanya betul ke apa yang mereka lihat ini. Mereka macam tak percaya dengan tindakan saya ini. Mereka tanya saya kenapa macam terlalu drastik sangat?

“Bahkan, ada yang bertanya kepada saya tidak gusar ke jika tidak dapat tawaran. Saya anggap jika orang fikir dengan bertudung rezeki lakonan itu tidak ada, itu memang mengarut. Saya tidak boleh terima,” luah pelakon yang dikaitkan dengan hubungan cinta bersama pelakon Shaheizy Sam itu.

Katanya, rezeki merupakan ketentuan Ilahi. Buktinya, selepas dia bertudung, dia tetap menerima tawaran berlakon seperti biasa.

“Masa saya terima tawaran itu pun, pihak produksi tidak tahu mengenai status saya sudah bertudung. Jadi, apabila saya sampai ke set penggambaran dengan keadaan bertudung, mereka terkejut.

“Itulah drama Kemboja Di Hati yang akan ditayangkan menerusi saluran televisyen AlHijrah yang orang ramai tengok gambar saya kongsikan dengan imej bertudung di akaun Instagram sejak kebelakangan ini,” katanya.

Ditanya mengenai pengalaman perubahan imej ini, kata Syatilla, dia kini sudah mula banyak mengumpul koleksi tudung-tudung baharu untuk digayakan.

“Cuma, baju lama saya nanti mungkin akan jual kepada umum menerusi akaun Instagram. Dahulu baju kita lain, sekarang ini, pakaian yang tak bersesuaian dengan imej sebegini sudah tidak boleh digunakan lagi, lebih baik saya jual,” katanya.

Pada masa sama, kata Syatilla, dia juga dalam proses membuang semua gambar-gambar lama dirinya yang tidak berhijab.

“Buat masa ini, gambar lama saya tidak bertudung memang masih ada di akaun Instagram. Bagaimanapun, saya akan padam gambar tersebut. Cuma, perkara itu mengambil masa memandangkan tiada aturan membolehkan dipadam secara keseluruhan.

“Jadi, setiap malam saya perlu lakukan satu persatu membuang gambar tak bertudung dari akaun tersebut,” kongsinya.--Kosmo

0 Response to "Fuh Gempar Giler !!!! ‘Saya akan buang gambar....’ Pasti buat korang terkejut dengan penampilan terbarunya..."

Post a Comment