Rosyam diminta mengulas tentang isu pergaduhan yang melibatkan pengarah dan pelakon drama berjudul Dawai Asmara pada petang Isnin lalu.
Dalam kejadian itu, Ika mendakwa dia ditumbuk dan dipukul pada bahagian muka dan beberapa bahagian badan oleh pengarah lelaki tersebut.
Berikutan kejadian itu, Ika membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang, dekat sini pada malam hari kejadian.
Azma Aizal Yusoof sebelum ini pernah mengarahkan beberapa siri drama popular seperti Kerana Terpaksa Aku Relakan dan Teman Lelaki Upahan di slot Akasia , TV3.
Sementara itu, Rosyam menambah, dia juga terkejut apabila dimaklumkan tentang kejadian itu.
Dia sudah pun bertemu dengan pengarah berkenaan selain membantu siasatan pihak polis.
“Saya dapat tahu perkara ini malam tadi dan tadi baru selesai saya bertemu sendiri dengan pengarah tersebut dan pihak polis untuk siasatan,” ujarnya.
Sementara itu, Ika ketika dihubungi berkata, dia masih lagi dalam keadaan trauma dan terkejut dengan apa yang terjadi.
Bagaimanapun dia enggan mengulas mengenai kejadian itu atas arahan pihak berkuasa dan keluarga selain atas faktor keselamatan.
“Saya masih dalam keadaan trauma dan terkejut dengan apa yang terjadi. Saya sudah membuat laporan polis malam tadi (Isnin) dan saya serahkan semuanya kepada pihak polis.
“Buat masa ini pihak polis dan keluarga minta supaya saya tidak memberi sebarang komen atas faktor keselamatan diri saya. Saya doakan yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak,” ujarnya.
Sumber: Mstar
0 Response to "GEMPAR !!! PANAS Isu Ika Nabella ditumbuk Pengarah drama.. Rosyam Noor arah penggambaran ditangguh..!!!"
Post a Comment