Beliau berkata bagaimanapun polis masih menjalankan siasatan dengan lebih terperinci kes pembunuhan itu.
Isnin lepas, polis menahan sepasang suami isteri dan dua anak lelaki mereka selepas dipercayai terbabit dalam kes bunuh melibatkan sekurang-kurangnya empat individu di sekitar daerah Tapah, 70 kilometer dari sini minggu lepas.
Kesemua suspek ditahan di sebuah rumah di Jalan Pahang, Tapah pada kira-kira 1.30 tengah hari pada 26 Okt lepas.
Semua mangsa dipercayai dibunuh sebelum dibakar dan tulang serta abu mayat dibuang ke Sungai Ceroh yang mengalir di belakang bengkel berkenaan.
Susulan itu, polis membongkar kehilangan tiga lagi individu yang dipercayai mangsa pembunuhan kejam di bengkel sama dan polis percaya ada orang lain yang menjadi mangsa keluarga berkenaan.
0 Response to "KEJAM!!! GAMBAR LOKASI PEMBUNUHAN KEJAM DI TAPAH..."
Post a Comment