KEJAM GILA!!! Suri rumah maut ditikam peragut...

Johor Bahru: Suri rumah maut selepas ditikam dalam insiden ragut di Jalan Ibrahim Sultan, Stulang Laut, di sini, malam tadi.


Dalam kejadian 9.45 malam, Du Wei Qing, 44, sempat melarikan diri dalam keadaan berlumuran darah sebelum rebah dan meninggal dunia di hadapan sebuah restoran yang terletak 30 meter dari tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, mangsa berjalan seorang diri pulang ke rumah dalam jarak kira-kira 100 meter sebelum diragut dua lelaki menaiki sebuah motosikal.

"Berlaku tarik-menarik beg tangan mangsa dalam insiden itu sebelum mangsa ditikam di bahagian belakang badannya dan mangsa kehilangan satu telefon bimbit serta wang tunai RM200," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.--Hmetro

0 Response to "KEJAM GILA!!! Suri rumah maut ditikam peragut..."

Post a Comment