Ketua Jabatan Siasatan dan Jenayah Negeri ACP Goh Kok Liang berkata kesemua barangan tersebut dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun dan Jabatan Kimia untuk tujuan post-mortem dan analisis DNA, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Goh berkata sehingga petang ini, tiada laporan mengenai mangsa lain yang dibunuh atau sebarang tangkapan dibuat dan pihaknya masih menjalankan siasatan.
Isnin lepas polis menahan sepasang suami isteri dan dua anak lelaki mereka selepas dipercayai terbabit dalam kes bunuh melibatkan sekurang-kurangnya empat individu di sekitar daerah Tapah, 65 kilometer dari sini minggu lepas.
Kesemua suspek ditahan di sebuah rumah di Jalan Pahang, Tapah pada kira-kira 1.30 tengah hari pada 26 Okt lepas.
Mereka ditahan reman sehingga Jumaat ini, lapor Bernama.
Sumber
0 Response to "KEJAM!!! Kes Pembunuhan Kejam di Tapah, Gigi dan Serpihan Tulang Ditemui..."
Post a Comment