Dalam posting terbaru di laman sosial Facebook miliknya dia telah menggunakan helaian kertas Al-Quran untuk lap najisnya.
Blogger kontroversi ini terus-terusan menghina Islam apabila ada sahaja postingnya yang membuat perlakuan hingga mencetuskan kemarahan umat Islam.
Kali ini Alvin kononnya membuat jalan cerita suka membaca buku sambil berada di dalam tandas dan buku yang dimaksudkan itu adalah Al-Quran.
Alvin kemudian membuat dialog tisu tandas yang digunakannya habis maka helaian Al-Quran dikoyaknya untuk lap najisnya.
Lebih menjijikkan setiap gambar yang dimuat naik memaparkan najisnya sendiri.
Tindakan Alvin kali ini pasti mencetus kemarahan netizen yang ternyata sebelum ini pun sudah marah dengan sikap dan tindakannya yang sering membangkitkan kemarahan orang ramai
termasuklah mereka yang bukan beragama Islam atas dasar sikap saling menghormati agama lain.
Blogger lucah ini semakin liar dan bertindak diluar batasan selepas melarikan diri ke Amerika Syarikat bagi mendapatkan perlindungan suaka.
Sebelum ini Alvin dikecam kerana kongsi gambar tatu Allah pada pehanya yang telah mencetuskan api kemarahan umat Islam di Malaysia.
Malah Alvin juga pernah memuatnaik video dirinya sedang melaungkan azan diiringi piano dan memberikan nasihat kepada umat islam yang kononnya hanya buat tak tahu bila azan dilaungkan sehinggakan dia digelar “Ustaz Alvin”.
Alvin dan bekas teman wanitanya Vivian Lee pada 2013 didakwa di bawah Akta Hasutan kerana memuat naik posting bak kut teh pada bulan Ramadan, tetapi Alvin melanggar syarat ikat jaminnya semasa lawatan kerja yang sepatutnya ke Singapura.
Mereka menghadapi pertuduhan jenayah di bawah Akta Hasutan, serta Akta Penapisan Filem kerana muatan naik mereka yang kontroversi, termasuk satu gambar yang dianggap menghina Islam di Facebook.
Sumber
0 Response to "PANAS PANAS LAGI!!! Alvin Tan semakin bi@dap hin@ Al-Quran.."
Post a Comment