PANAS PANAS!!! "Saya Tuntut M.Nasir Dan AC Mizal Minta Maaf Dengan Ibu Saya"...

PETALING JAYA: Penyanyi Bienda menuntut pihak juri program realiti Gegar Vaganza 2 memohon maaf secara terbuka atas tindakan mereka yang mengaibkan ibunya, Sheeda dalam konsert minggu keempat, malam Ahad lalu.


Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli, 30, berkata, komen yang diberikan oleh juri selepas persembahan itu disifatkan menjatuhkan maruah ibu dan keluarga mereka.

"Saya sangat terkejut dan kecewa mendengar komen yang diberikan, kalau ikutkan hati saya ingin sahaja menjerit kepada juri itu, tetapi fikirkan semula ia perkara yang tidak rasional.

"Tapi ia sangat keterlaluan dan mengaibkan ibu saya. Kenapa perlu persoalkan tentang umur dan rupa paras sedangkan ia adalah pertandingan nyanyian," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Selasa.

Bienda berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pandangannya terhadap komen yang diberikan oleh juri jemputan iaitu Datuk M Nasir dan Datuk AC Mizal yang disifatkan telah memperlekehkan persembahan ibunya iaitu Sheeda.

Sheeda membawakan lagu Tiada Lagi bersama penyanyi Aweera dalam konsert ketiga program Gegar Vaganza 2 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad lalu.

Antara komen M Nasir iaitu "putera mencari princess tapi rupa-rupanya terjumpa dengan emak princess" dialog menjurus kepada memperlekehkan usia Sheeda yang mahu berlakon sebagai puteri raja.

Dalam pada itu, Bienda berkata, sebagai anak, sudah pasti dia terasa dan sedih apabila usaha ibunya untuk memasuki pertandingan tersebut tidak dihargai.

"Saya boleh katakan komen itu sebagai kurang ajar kerana mereka tiada rasa hormat kepada ibu saya yang bersusah payah memasuki pertandingan itu.

"Ia bukan sesuatu yang senang untuk dia bawa lagu-lagu yang bukan genre dangdut. Saya yakin lepas ini ramai artis yang takut untuk sertai pertandingan kerana komen yang diberikan bersifat menghentam peserta," ujarnya.

Sementara itu, Bienda turut meminta orang ramai agar tidak terus menghina ibunya di laman sosial terutama di Instagram.

Katanya, perkara tersebut akan membuatkan ibunya bertambah sedih dan rasa hilang keyakinan diri.

"Saya tidak faham orang yang sering menhentam ibu saya di laman sosial, mereka fikir mereka sudah terlalu baik untuk berkata demikian.

"Saya tahu ibu saya bukan sedih tapi bukan kerana dia disingkirkan tetapi disebabkan komen dan ejekan yang keterlaluan pengguna laman sosial," ujarnya.

Gegar Vaganza 2 bersiaran secara langsung di MBSA, setiap Ahad bermula 9 malam dan disiarkan di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123)

Sumber

0 Response to "PANAS PANAS!!! "Saya Tuntut M.Nasir Dan AC Mizal Minta Maaf Dengan Ibu Saya"..."

Post a Comment