Perghh!!! Surat Berhenti Sumbangan YaPEIM Melalui Potongan Gaji Bulanan..



Rentetan isu Skandal YaPEIM oleh Jamil Khir, ramai meminta kami kongsikan format atau cara berhentikan sumbangan kepada YaPIEM. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Surat Henti Sumbangan Kepada YaPIEM

===============================================

NAMA

ALAMAT RUMAH @ SEKOLAH                                                                     14 NOVEMBER 2015

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)

Tingkat 8, Grand Seasons Avenue,

No. 72, Jalan Pahang,

53000 Kuala Lumpur

Tuan / Puan,

PEMBERHENTIAN SUMBANGAN YaPEIM MELALUI POTONGAN GAJI BULANAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya dengan ini mengarahkan pihak tuan / puan supaya memberhentikan potongan

bulanan sumbangan YaPEIM melalui potongan gaji DENGAN SEGERA kerana tidak

bersetuju dengan isu semasa berkaitan dengan YaPEIM dan dilihat sebagai suatu

pembaziran dana awam dari sumbangan orang ramai.

3. Berikut adalah butiran peribadi saya untuk rujukan pihak tuan.

Nama Penuh :

No. K/P :

No. Tel. :

Alamat Bertugas :

Sumbangan Bulanan : RM

Sekian.

Yang benar

=====================

Sumber

0 Response to "Perghh!!! Surat Berhenti Sumbangan YaPEIM Melalui Potongan Gaji Bulanan.."

Post a Comment