Hanya sebilangan kecil sahaja yang kita tahu artis-artis lama yang mempunyai segulung ijazah. Antaranya Allahyarham Sudirman, Azhar Sulaiman, Datuk Aznil Hj Nawawi, dan Ahmad Idham.
Namun, sejak kebelakangan ini ianya telah mula berubah disebabkan peluang untuk menyambung pengajian dalam bidang seni lakonan dan muzik di Institut pengajian tinggi (IPT), lebih meluas berbanding dahulu.
Malah, apabila seseorang selebiriti yang mempunyai pelajaran tinggi itu dianggap bonus buat kariernya serta lebih dihormati oleh peminat.
Jadi portal Murai kongsikan kepada pembaca 5 artis muda yang memiliki latar belakang pendidikan yang baik dan boleh dijadikan contoh kepada anak muda yang lain.
1.Najwa Mahiaddin
Namun pelantun suara lagu “Got to Go” ini juga memilih untuk menyambung pengajian di Kolej Muzik Berklee, Massachusetts, Amerika Syarikat demi mengejar cita-cita menjadi penghibur terbaik.
2. Lisa Surihani
Lisa memiliki Ijazah Undang-Undang dari Kolej Universiti Help dan Universiti Aberystwyth di Wales, United Kingdom.
3. Yuna
Namun tidak klise seperti ‘pemuzik jalanan’, Yuna memiliki ijazah dalam bidang Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam (UiTM).
4. Juliana Evans
Setelah tamat menyambung ‘master’, dia juga telah menjalani kursus lakonan selama 6 bulan di Akademi Filem New York untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuannya dalam bidang lakonan yang dia amat minati.
5. Neelofa
Dalam memantapkan lagi ‘skills’ dan ilmu dalam bidang lakonan, dia telah terbang ke New York untuk belajar di Sekolah Filem dan Lakonan di Akademi Filem New York selama 6 bulan.
Difahamkan, dia akan kembali semula ke sana dalam waktu terdekat untuk mengasahkan lagi bakatnya serta menambahkan lagi ilmu pengetahuan untuk karier lakonannya.
Sumber
0 Response to "Perghhh!!!! 5 Artis Wanita Cantik Yang Korang Tak Sangka Pelajaran TINGGI.."
Post a Comment