TRAGIS!!! Pekerja Pembersihan Terkejut, Jumpa Mayat Wanita Di Tepi Jalan...

Ledang – Seorang pekerja Perbadanan Pengurusan Sisa Pe­pe­jal dan Pembersihan Awam (SWCorp) yang baru memulakan tugasnya membersihkan kawasan di tepi Jalan Belading, Bekoh, berhampiran Rumah Anak Yatim Persatuan Sri Sakthi, di sini terkejut kerana hampir terpotong mayat seorang wanita, hari ini.

Bagaimanapun, identiti wanita berkenaan yang dipercayai ber­usia dalam lingkungan 40-an, itu masih disiasat ekoran tiada dokumen pengenalan diri dijumpai di ka­wasan tersebut.


Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohamad Salleh Abd. Razak berkata, keadaan badan wanita itu amat kurus dan cengkung serta rambutnya setakat paras bahu.

“Ketika dijumpai, wanita itu memakai gaun sehingga paras lutut berwarna coklat dan kuning, tetapi tidak berkasut atau selipar.

“Kita percaya dia sudah lebih 24 jam meninggal dunia berdasarkan keadaannya semasa ditemukan kira-kira pukul 8 pagi. Siasatan awal tidak menemukan sebarang kece­deraan dan mayat dihantar ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang, di sini.

Pihaknya menyiasat kes tersebut dari pelbagai sudut, termasuk sa­ma ada melibatkan unsur jenayah dan orang ramai yang kehi­langan ahli keluarga boleh pergi ke Hospital Tangkak untuk proses pengecaman.

Dalam kejadian lain, Mohamad Salleh memberitahu, seorang pemandu lori, Toh Siew Lan, 67, maut selepas lorinya terbabas akibat dirempuh sebuah kereta di Kilometer 7, Jalan Muar-Segamat, semalam.


Dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu, mangsa mengalami cedera parah di bahagian dada selepas lori terbabas dan masuk ke dalam parit.

“Mangsa yang dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), bagaimanapun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan.

“Pemandu kereta itu pula cede­ra di kepala dan dirawat di Hospital Pantai, Melaka,” katanya sambil memberitahu kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pe­ngangkutan Jalan 1987, lapor Utusan Online.

Sumber

0 Response to "TRAGIS!!! Pekerja Pembersihan Terkejut, Jumpa Mayat Wanita Di Tepi Jalan..."

Post a Comment