KEJAM!!! Suami tikam isteri sebelum bunuh diri...

MARANG – Seorang suri rumah yang baru selesai sembahyang Subuh cedera parah ditikam suaminya yang tiba-tiba mengamuk dalam kejadian di Kampung Gong Beris di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 6.30 pagi, mangsa Sofia Talaha, 26, mengalami kecederaan dalaman di belakang badan serta luka di pipi kiri serta kedua-dua belah tangannya.


Bagaimanapun, suami Sofia, Mohd. Dzulkifli Ismail, 32, yang be­kerja sebagai buruh kontrak di Pejabat Daerah Marang ditemui mati dengan dua kesan kelar di lehernya.

Adik Dzulkifli iaitu Mohd. Nor, 25, berkata, dia tidak sangka kejadian menimpa abang dan kakak iparnya boleh berlaku kerana pasangan itu hidup bahagia walaupun mereka belum ada anak sejak berkahwin pada 2009.

“Abang dikatakan mengamuk dan menikam belakang Sofia yang baru selesai solat Subuh menggunakan pisau,” katanya ketika ditemui di sini semalam.--Kosmo


0 Response to "KEJAM!!! Suami tikam isteri sebelum bunuh diri..."

Post a Comment